Sedang bercinta
Apakah kau bahagia
Kerna rindu dendam
Telah kau baca
Berarak diambang kasturi
Hanya kita berdua sahaja
Dibuai angin dingin
Biar selama-lamanya
Jika berpisah
Adakah ku gelisah
Tangis duka hiba
Seperti insan lara
Merenung laut bergelora
Takut seandainya sendirian
Lemas mencari ruang
Untuk bernafas
Usahlah kau mengambil hati
Jikalau aku bersendiri
Diuji oleh hidup ini
Dalam benci
Dalam rindu ada semua
Merendah rimba yang berduri
Ada jurang tidak kau sedari
Setenang kasih dipandang mata
Mudahnya terpedaya
Walau putih puncak singgahsana
Walaupun tidurku diatas permata
Tidak kan lena
Jika kau tidak bersama
Itu kehendaknya
Itu suratannya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar